Wednesday, July 1, 2015

Rumah pagar Laut

Rumah pagar laut..Rumah itu ketenangan..Laut itu kebebasan..pagar itu penghalang.. "ketenangan penghalang kebebasan"..
pernah kau bidas itu rumah atau laut?
rumah ( ketenangan) kau beli?
laut ( kebebasan) kau lalu?
andai suatu hari..ketenangan dan kebebasan terlepas dari pagar..apa mungkin akan terjadi? melimpah laut memusnah rumah..
aku rindu hal dahulu..aku rindu laut..aku rindu rumah..sesuatu yang kekal dipagar di situ. Sekarang, persetan itu semua. Langgar.
Maaf andai aku mula berbicara. Aku suka cara lama. kekal dipagar. Tak mencabuli hak ketenangan dan kebebasan manusia. politik ini setan.

I LOVE ME

I LOVE ME? Ungkapan sesuai untuk semua tontonan umum dan awam tanpa prijudis. Aku tahu indahnya rasa sayang itu pabila pertemuan di simpang bertemu. Kisah persimpangan semua tidak sedondon. Ibarat air kopi pahit lagi pekat perlukan secubit gula untuk menghapuskan rasa yang menyekat ditekak. Meski pertemuan itu akan pengakhirnya perpisahan. Sementara. Kembali. Kekal. Akan ada waktu kau akan ditemukan dipersimpangan yang salah. Agar terbit pengajaran untuk diri engkau yang daif tidak akan ada mata untuk semua cerita. Aku tahu pahit. Manis. Tawar. Semua. Mungkin persinggah ini seperti tirai. Tirai engkau dan aku berbeza. Engkau dan jalan engkau. Aku dan haluan aku. Semua memilih. Bukan dipilih bagai neraca dahulu. Neraca yang dulu berat sama berat walau lain bungkusan. Adil bukan? Zaman ini adil menghela ke tepi. Aku ingin ungkap apa yang aku rasa. Nescaya bahasa ini sesuai sahaja. Kisah I LOVE ME. YA aku sayang AKU. Siapa lagilah kan? sepanjang jalan duri yang aku pijak. Bercampur baur ingatan. Kau tahu rasa dia macam mana? Engkau duduk disuatu sudut jalan. Diam. Tapi datang manusia membaling warna warni kehidupan. Bertubi-tubi. Tanpa henti. Arahan siapa? Semestilah di Atas sana. Tersenyum. Yang baik datang dari diri sendiri. Yang buruk engkau yang cipta. Jangan pernah menuding jari pada sesiapa. Ambil jari telunjuk kau. Tuding diri sendiri. Aku pilih jalan ini. Lorong ini. Engkau mungkin dihujung lorong sana. Pernah aku lalu. Tinggal gelap. Makin jauh kaki aku langkah tinggal engkau. Sendiri.